Tuesday, January 26, 2010

MANIFESTASI CINTA

Cinta! Apakah ertinya sebuah cinta atau sebutir cinta atau sekeping cinta bagi kita? Ya, cinta itu bersifat universal. Cintailah segalanya yang kita sayangi. yang menjadi milik kita hanya sementara. Kata orang: cinta itu buta! Cinta tidak mengenal siapa? Cinta yang terbiar! Dan pelmacam lagi istilah yang diberi. Namun dalam pemberian cinta sesama manusia harus berhati-hati. Cinta harusnya lahir dari hati. hati yang mati tidak mempunyai cinta lagi.

Dalam kehidupan ini, cinta itu amat bererti. Salah tempat akan merempat. salah letak akan retak. Salah kias diri akan terbias. Maka berhati-hatilah meletakkan cinta pada tempat yang sebetulnya. Cintailah kedua ibubapa dari awal hingga akhirnya. Kerana tanpa mereka, siapalah kita. Biarpun, segarang mana kedua ibubapa kita, mereka tetap ibubapa kita. Pertama kali kita lahir, hanya ibubapa kita yang mengsyukuri rahmat Ilahi yang memberi zuriatnya. Maka dengan itu cintailah kedua ibubapa kita selamanya dari dunia hingga akhirat. Semasa hayatnya masih ada, kita kekalkan cinta kepadanya dengan segala tunjukajar dan patuh kepada tutur bicaranya. Semasa hayatnya sudah tiada kita titipkan doa sebagai cinta kita kepadanya.

Selain itu cintailah sesama makhluk yang dicipta oleh Ilahi. Sayangilah segala yang diciptakan-Nya. Janganlah kita hancurkan segala yang diberikan-Nya dengan tangan-tangan jahat kita. Kita semua bukannya manusia sempurna, tetapi sebaiknya kita menghargai segala ciptaan-Nya.Tiada yang lebih indah dan sempurna dalam sebuah kehidupan ini selain mencintai-Nya. Sesunguhnya, Allah Maha Mengetahui. Cintailah Allah sepenuh hati. Dengan mencintai-Nya sepenuh hati, segala urusan kita akan berjalan dengan baik. Jika kita sering gagal mengawal dan mengawasi cinta kita, kita akan tewas dek nafsu. Cintailah menggunakan amal dan iman sepenuhnya, maka terselamatlah kita dari cinta yang goblok!

Cinta akan mati bila hati kita mati! Cinta kepada Ilahi cinta yang abadi. Mudah-mudahan kita semua dapat cinta yang suci daripada Ilahi. Banyakkan amal dan ikut perintah-Nya, tinggalkan larangan-Nya, cinta kita akan selamat di dunia dan di akhirat! Insya- Allah.

SIDI ALI PUTIH: YA! ALLAH TETAPKAN IMANKU. KUATKAN IKATAN IMAN DAN AMAL DALAM SANUBARIKU. MOGA HADIRNYA SEBUAH CINTA YANG TEGUH, TULUS DAN TETAP KEKAL SELAMANYA. HANYA ALLAH TEMPAT KUBERMOHON. APA DITUNGGU LAGI? SEGERAKAN PERINTAH-NYA!

Sunday, July 5, 2009

MALAM.

Malam tadi aku jumpa seseorang, waktu itu aku sedang dipotretkan oleh seseorang, dan seseorang itu terus datang bersalam dengan aku. aku sambut salamnya. kemudian seseorang itu pun menjauh dari tempat seseorang yang memotretkan gambar aku. aku masih memerhatikan seseorang itu dan dalam masa yang sama masih setia untuk seseorang yang hendak memotretkan wajahku. tak apa, kata hatiku, sekejap lagi aku siap aku jumpa seseorang itu. seseorang itu begitu khusyuk melihat persembahan malam itu. mataku sekejap meliar ke arah seseorang itu walaupun pada malam itu memang ramai orang. tapi jangan bimbang sebab malam sekarang ni bukan gelap macam zaman dulu. malam di tengah kota terang benderang. tak bimbang. akhirnya potret aku siap oleh seseorang dan ditampalkan di kanvas dinding khemahnya. nampak macam tok guru pulak! (perasan la tu, hihihi). selesai saja aku terus dapatkan seseorang. dan tak lama lepas tu aku dipanggil seseorang lagi untuk buat persembahan pada malam itu. aku baca sajak 'Rimbun Pusaka'. bukanlah hebat sangat. tapi boleh kira ada ummph juga ler. baca tak sampai 5 minit, ada la sikit habuan depa nak bagi. terima jerlah Malam. ya, malam kian larut, aku pun mengajak seseorang dan seseorang lagi (pembaca sajak) untuk menghirup teh tarik di malam itu kat taman kanak-kanak. kemudian datang seseorang duduk bersama. tak lama kemudian datang seseorang lagi. sembang punya sembang malam dah lewat malam lepaih waktu jam berimpun. pukul 1.30 pagi agaknya baru balik. maklumlah malam tu, ada 5 orang kat meja tu, 5 orang tak pakai jam. tak taulah apa nasib kami malam tu, semua tak berjam. tapi duduk berjam-jam. akhirnya kami ambil keputusan angkat kaki pada malam tu juga. begitulah cerita malam.

SIDI ALI PUTIH: MALAM DI KOTA INI TIDAK SAMA MALAM DI KOTA ITU. MALAM DI KOTA INI BERBEZA DENGAN MALAM DI KAMPUNG. MALAM TETAP MALAM. APAPUN MALAM MENUNGGU SIANG, KITA MENUNGGU APA?

Saturday, July 4, 2009

SEBELUM ESOK

Hari ini, kita dapat lagi melihat matahari, dapat melihat segalanya. ini semua bagi yang dianugerahkan penglihatan. pancaindera yang lima, tapi bagaimana dengan mereka yang tidak senasib dengan kita. sebelum esok tiba, sudahkah kita bersiap siaga? tanyalah pada empunya diri.sesungguhnya kita ini hanya dipinjamkan sementara untuk memenuhi ruang duniawi. Ya, Tuhan! sesungguhnya aku telah menzalimi diriku, ampunilah diriku. bacalah banyak doa zikir Nabi Allah Yunus dan perut ikan nun. wahai diri berzikirlah, sepertimana pohon-pohon yang sentiasa berzikir, semuua makhluk berzikir kepada-Nya. kenapa kamu sebagai makhluk yang terbaik antara makhluk-Nya tidak pernah mahu mensyukuri nikmat dengan sebiji zikir? sebelum tiba esok, eloklah kita perbanyakkan amal. wallahualam.

SIDI ALI PUTIH: Ingat selalu dalam setiap nafas yang mengalir di jiwa sebelum esok nafas terhenti. Insaf dan Taubat.

Thursday, July 2, 2009

Salam Perkenalan

Buat semua peminat sastera dan budaya, salam perkenalan dari hamba yang fakir. Sama-samalah kita renung dan fikir, supaya nanti tidak ada yang kikir atawa tercicir. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seorang pemikir, walaupun ramai yang melakukan tanpa berfikir. Sebaiknya, berfikirlah sebelum jatuh tergelincir. Fikir itu pelita hati.